Sejarah
Ringkas Penubuhan
Mercu
tanda Sk Peserian hasil usaha panitia Agama Islam dibawah kelolaan
Allahyarham
Tuan Haji Hashim Bin Sarwi iaitu bekas guru Agama Sk Peserian
Sekolah
Rendah Kebangsaan Peserian, telah dibina pada tahun 1961. Sekolah ini adalah
lanjutan
daripada "PRIMARY ENGLISH SCHOOL", Sarang Buaya. Pada
mulanya sekolah ini hanya terdiri
daripada dua blok sahaja iaitu Blok A
dan B.
Dengan anugerah Kementerian Pelajaran
Malaysia pada masa itu, Sekolah ini dibina atas kelulusan
dan arahan Jabatan
Pelajaran Johor, berdasarkan cadangan Penghulu Mukim Sungai Balang, Semerah
iaitu Allahyarham Tuan Haji Omar bin Abd. Samad.
Sehingga hari ini, kami semua amat
berbangga dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan kurniaNya
semua tugas dan tanggungjawab dapat disempurnakan. SKP telah melahirkan
murid-murid yang berjaya di bidang akademik dan kerjayanya.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh
Yang Berhormat Dato" Syed Zain bin Syed Edros mewakili Menteri
Besar
Johor Yang Berhormat Tan Sri Hj Osman bin Saat pada 5 November 1980.
Kami amat berterima kasih kepada
semua Guru Besar yang telah mencurah bakti dan mentadbirkan
sekolah ini
semenjak 1961 hingga ke hari ini. Mereka adalah seperti senarai berikut
:
Tuan
Haji Ismail bin haji Omar - 1961 hingga 1982
Tuan
Haji Abd Samad bin Mahmud - 1 Jan 1983 hingga 15 Mac 1986
Tuan
Haji Mokhtar bin Talib [ MATLOB ] - 16 Ogos 1986 hingga 31 Julai 1988
Allahyarham
Tuan Haji Mokhtar bin Abdul Majid - 1 Sept 1988 hingga 31 Mac 1989
Tuan
Haji Soef @ Osman bin Haji Yaacob - 1 April 1989 hingga 30 April 1990
Allahyarham
Tuan Haji Abdul Rashid bin Mohd Noor - 1 Mei 1990 hingga 16 Jun 1992
Tuan
Haji A Jamil bin Akil - 16 Okt 1992 hingga 25 December 1999
Encik
Jalal Bin Haji Masrom - 25 December 1999 hingga sekarang
Kemudahan
Fizikal Sk Peserian
Tahun
1961 Hanya satu blok bangunan dengan 4 bilik darjah.
Tahun
1969 Satu blok tambahan 4 bilik darjah termasuk bilik Guru Besar dibina.
Tahun
1974 Satu blok 2 tingkatyang mengandungi 5 bilik darjah, 1 bilik Guru Besar,
1 bilik Pejabat, 1
bilik Guru, 1 bilik Stor dan tandas.
Tahun
1990 Bangunan Pusat Sumber [ Projek Bank Dunia ] dan satu blok 4 bilik
darjah [Projek
Wajah
Wajah Peserian 2002
Bangunan yang menempatkan Bilik guru besar, penolong-penolong kanan, bilik guru dan sebahagian kelas.
Bangunan kantin dilihat dari arah padang.Juga kelihatan bangunan utama yang menempatkan blok pentadbiran
Bangunan pusat sumber yang menempatkan bilik perpustakaan, bilik alat bantu mengajar, bilik alatan sains, bilik tayang dan juga bilik komputer.
Surau Sk peserian. Aktiviti Agama Islam diadakan disini. Blok kesayangan warga Sk Peserian terutama bagi Panitia Agama Islam